Friday, July 20, 2018

PROSES KAUNSELING INDIVIDU


1. Menyediakan prasesi


  • Menurut (Model Mizan dan Halimatun) menyediakan prasesi ialah Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling.
  • Sebelum kaunselor memulakan sesi kaunseling, kaunselor mestilah:-
  1.Menyediakan borang seperti borang maklumat latar belakang klien, borang temujanji,dan lain-lain
  2.Maklumat latar belakang ahli keluarga, masalah ingin dibincang, rujukan kes.
  3.Menyemak diskripsi tugas klien.
  4.Menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
  5.Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.

2. Membina hubungan 


  • Menurut (Shertzer dan Stone) ia menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi menolong. 
  • Tujuan membina hubungan ini ialah untuk menimbul kemesraan, saling mempercayai, membina keyakinan, dan membentuk suasana selamat antara kaunselor dan klien. 
  • Membina kesefahaman yang baik.
  • Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong.
  • Pekara yang perlu dititikberatkan kepada kaunselor ialah :-
  1. Suasana harmoni.
  2. Ruang untuk berkomunikasi.
  3. Penampilan diri.
  4. Ekspresi muka.
  5. Pergerakan tangan dan kaki.
3. Meneroka dan menganalisis masalah
  • Proses ini untuk kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi kepercayaan, harapan, aspirasi, sikap, serta kemahiran coping yang digunakan.
  • Tujuan ini supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalah dengan betul.
  • Membantu klien menganalisis masalah dengan lebih objektif.
  • Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan melemahkan diri.
4. Mengenal pasti masalah 
  • Kaunselor perlu mencapai kesepaduan mengenai masalah yang dihadapi oleh klien agar klien menyedari kelemahan dan masalah yang menimpa dirinya.
  • ( Sipora ) menyatakan dua kemahiran yang digunakan oleh kaunselor dalam mengenalpasti masalah adalah kemahiran mendengar dan meneroka.
  • Tahap ini mesti dilaksanakan 2 tahap iaitu :-
  1. Matlamat kaunseling telah sama-sama dipersetujui.
  2. Kaunselor bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana serta apakah strategi yang hendak digunakan.
  • Kepentingan tahap ini merupakan satu persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Persetujuan ini akan menentukan halatuju kejayaan klien.
5. Membincang alternatif
  • Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah yang boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara.
  • Alternatif hanya dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas.
  • Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu di ambil.
  • alternatif, memerlukan klien membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih.
  • Matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata.
6. Mengambil tindakan

  • Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif  tersebut.
  • Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira keupayaan klien untuk melaksanakan tindakan.
  • Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan tekanan kepada diri klien untuk dilaksanakan.
7. Menamatkan sesi
  • Peringkat akhir pada sesi kaunseling iaitu selepas klien dapat menentukan dan memilih alternatif yang dirasakan untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
  • Penamat juga dapat dilakukan apabila klien menunjukan tanda-tanda bahawa dia tidak lagi memerlukan kaunseling.
  • Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor menganggap diri tidak lagi dapat membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor merujuk klien kepada pihak lain.







No comments:

Post a Comment