Thursday, July 12, 2018

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING


  • Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk ajar atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam membimbing dikenali sebagai Pembimbing.
  • Ahli-ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing.Contohnya :-


  1. Othman Mohamed (2000) mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk mencapai matlamat seseorang.


2.Shertzer and stone (1971), menyatakan bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya.


3. Krumboltz dan Thoreson (1976) menganggap kaunseling ialah suatu keadaan dimana proses untuk      membantu individu yang bermasalah. Selain itu, ia juga merujuk keadaan bagaimana membantu          seseorang individu untuk menyelesaikan masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat             keputusan.

4. Patterson dan Eisenberg (1983) kaunseling merupakan satu proses pertemuan secara interaktif iaitu bersemuka atau kaunselor dan klien sehingga berlaku perubahan pada diri klien tersebut .

  • Kaunseling dapat disimpulkan sebagai satu proses bantuan secara professional untuk bimbingan klien memahami diri dan suasana sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan positif kepada klien tersebut.








1 comment:

  1. Betway Casino Review 2021 - Bonuses, Software and Games
    The Betway Casino is one of the most popular online 스포츠 벳 casinos in the market and is one of the oldest casinos 해외 배팅 on 울산 대딸 the market. The site was established in 2004, Casino 아프리카 영정 1 type: European, MobileMinimum withdrawal: US$0.20 포커 마운틴

    ReplyDelete