Saturday, July 21, 2018

KEMAHIRAN KAUNSELING


1) PRA SESI

  • Pra sesi didefinasikan sebagai persediaan awal kaunselor.Sebagai contohnya ice breaking.
  • Klien mula membina kepercayaan terhadap kaunselor, pada masa yang sama kaunselor mesti mengumpul maklumat peribadi klien perlu dikumpul secara sistematik. Reaksi kaunselor perlulah jujur, ikhlas dan perlu menunjukkan perasaan yang penyayang.
  • Menyediakan tempat selesa untuk klien agar klien mudah berkongsi masalah bersama kaunselor.
  • Menentukan kebersanan iaitu first impression klien terhadap kaunselor. Peringkat ini amat penting sama ada ingin meneruskan sesi seterusnya atau tidak.
2) MEMBINA HUBUNGAN
  • Mewujudkan kejelekitan dan suasana yang teraputik.
  • Menitikberatkan personaliti kaunselor.
  • Membawa klien menghadapi realiti.
  • Memberi perangsangan kepada klien.
  • Perkara penting dalam membina hubungan dengan klien :-
  1. Membina suasana alam sekeliling.
  2. Ruang untuk berkomunikasi.
  3. Penampilan diri.
  4. Ekspresi muka.
  5. Kontak mata.
  6. Cara duduk dalam kaunseling, pergerakan tangan dan kaki.
  7. Mengalakkan klien bercakap.
3) BERKOMUNIKASI
  • Komunikasi antara kaunselor dan klien.
  • Penanda aras sama ada berjaya atau tidak.
  • Kaunseling adalah bidang yang melibatkan komunikasi.
  • Kemahiran ini terbahagi kepada 2 :-
  1. Lisan
  2. Bukan lisan
4) PENSTRUKTURAN
  • Menyediakan nada dan struktur sesi perundingan.
  • Kontrak kaunseling,
  • Menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong.
  • Cara formal dan tidak formal.
  • Menerangkan definisi kaunseling dengan menerangkan klien untuk mengetahui konsep kaunseling.
  • Had masa dalam setiap sesi kaunseling mengambil masa selama 45 minit hingga sejam.
  • Memudahkan perubahan tingkah laku.
  • Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.

No comments:

Post a Comment