Tuesday, July 24, 2018

ETIKA KAUNSELING

PENGENALAN ETIKA


  • Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah.
  •  Menurut Othman Mohamed, ( Othman Mohamed, 2005),  kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan asas bagi mencerminkan satu praktis profesional.
  • Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu :-
  1. Hidup am atau suatu cara hidup.
  2. Set peraturan tingkah laku atau kod moral.
  3. Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
  • Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. 
  • Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting baik membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.
  • Kitchener menjelaskan etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka.
  • Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.
  • Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien dan juga kaunselor.
  • Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi seminggu yang mengambil masa 50 minit. Sesi ini dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling kumpulan, perkahwinan dan keluarga.
  • Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang dilakukan dalam perjanjian yang ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi rawatan susulan digalakkan kerana pertemuan pertama kadangkala tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Menurut Hodgkinson, 1992 , sesi kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek atau jangka panjang.
  1. Kaunseling jangka panjang
  • Perjanjian ini melibatkan sesi kaunseling selama 6-12 sesi. Perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir tidak dapat menyelesaikan masalah kerana bergantung pada perjanjian baru.
      2. Kaunseling jangka pendek
  • Perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih.
  • Menurut  Peterson J.V. dan Nisenholz,dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan supaya rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan. Di Malaysia terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580 dan Lembaga Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat  juga mempunyai standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai American Counseling Association (ACA). Dengan adanya persatuan, ia dapat mengawal aktiviti kaunseling yang dijalankan kaunselor. Digariskan tiga kepentingan etika kaunseling yang dibincangkan iaitu kerahsiaan , batasan professional dan menangani seksual.
KOD ETIKA DALAM KAUNSELING
  • Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang dibina dalam sesuatu sesi.
  • Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.
  1. Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952,penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu : Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan Mereka, juga dibimbing untuk mencari data.
  2. Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.
  3. Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.
  4. Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain.
  5. Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh orang lain.
  6. Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuannya.
  7. Apabila kaunselor  mendapat maklumat untuk awam, dia mesti memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah, objektif dan data yang nyata.
KEPENTINGAN ETIKA
  • Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, setiap pegawai dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang professional. Antara tatalaku yang ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah :
  1. Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.
  2. Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
  3. Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan berdedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.
  • PERKAMA menggariskan  empat perkara utama iaitu  dalam kod tatalaku yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor seperti :-
  1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identity sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.
  2. Kaunselor hendaklah  sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
  3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur  selaras dengan profesion kaunseling.
  4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim ( regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).
  • Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip,2009, etika membantu dalam kecemerlangan sesebuah organisasi dan seseorang individu dalam melaksanankan tanggungjawab. Berikut maklumat berkaitan tanggungjawab kepada individu / klien , masyarakat dan organisasi.
    1. Individu
  • Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik dalam diri individu akan menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam organisasi.
          2. Organisasi
  • Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan.
          3. Masyarakat
  • Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

PRINSIP ETIKA DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG
  • Lima prinsip yang juga dikenali sebagai ‘golden five principles’ ialah autonomy, beneficence, nonmalefinence, justice dan fidelity.

  1. Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)
  • Autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Dalam hal ini , menurut Patterson dan Welfel, autonomi melibatkan keadaan di mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang dibuat.
      2. 
Beneficence
  • Merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang secukupnya untuk membantu pelajar.
      3. Nonmaleficence
  • Nonmaleficence bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Menurut Patterson dan Welfel, kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan dalam perhubungan,tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada pelajar di samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.
      4. Justice
  • Merujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik.
      5. Fidelity
  • Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan Welfel , fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan kepercayaan  serta membuat janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi , majikan dan profesionnya.



No comments:

Post a Comment