Friday, July 13, 2018

MATLAMAT KAUNSELING


1. Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.
  • -Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat 'lepas tangan' tidak mendatangkan hasil yang baik dan hanya sia-sia. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha untuk membetulkan diri mereka. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain kerana memahami apa yang telah berlaku terhadap dirinya.
2. Memperbaiki imej diri yang negatif.
  • -Sifat negatif boleh menghalang seseorang untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan yang hendak dibuat. Sifat negatif ini boleh menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti.
3.  Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
  • -Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting dan amat sukar untuk dibentuk. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak bloeh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di siniialah klien belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan konflik dalam diri.
4. Membantu klien menjadi lebih produktif.
  • -Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.

No comments:

Post a Comment