Saturday, July 21, 2018

TEORI KAUNSELING

TEORI - TEORI KAUNSELING
1) Teori psikodinamik
     - Teori psikoanalisis Klasik ( Sigmund.  frued )



  • Biodata ringkas Sigmund Frued
  1. Beliau merupakan ahli neurologi Austria serta pengasas psikoanalisis, satu sub bidang psikologi.
  2. Terkenal kerana mengkaji terhadap isu nafsu berahi, penindasan dan fikiran bawah sedar.
  3. Freud dikenali sebagai "Bapa Psikoanalisis" dan kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi popular.
  4. Memperkenalkan tahap kesedaran manusia iaitu alam sedar, alam pra sedar dan alam bawah sedar. Beliau juga menyatakan terdapat 3 komponen personaliti iaitu id, ego dan superego yang sering mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.
  •  3 alam kesedaran menurut Frued
Alam sedar :- Merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan sedar.
                    - Merangkumi terhadap tingkah laku , tindakan perasaan, pemikiran dan ingatan.
                    - Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan, gembira atau gelisah

Alam pra sedar :- Mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar tetapi jika tumpuan atau                                   dilakukan bersungguh-sungguh.
                          - Contohnya, kita tidak boleh memikirkan apa yang kita lakukan semalam tetapi jika                               ditanya, kita masih boleh ingat semula apa yang kita lakukan semalam.

Alam bawah sedar :- Alam ini meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia.
                                - Mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan                                         kewujudannya.
                                - Keadaan mental ini diluar kesedaran seseorang.
                                - Merangkumi peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan.
                                - Memori ini akan terus berada di bawah sedar dan mungkin akan diluahkan oleh                                    individu secara tidak langsung.




  • Teori struktur personaliti 
  1. ID
  • Merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia (serupa dengan nafsu), dan didorong oleh tenaga libido untuk memotivasikan tingkah lakunya.
  • Id juga dikatakan komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak lahir. Selain itu, id dianggap sebagai satu elemen struktur semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan sedia ada di dalam diri manusia.
  • Id merupakan satu gejala bawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang primitive. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan.
     2. EGO
  • Ego mula wujud sejak bayi berusia 6 bulan, merupaka bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun, serta berfungsi mengawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat.
  • Ego dikatakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dalam kehidupan dan berkembang secara berperingkat.
  • Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.
     3. SUPER EGO
  • Superego merupakan struktur ketiga di dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis.
  • Superego lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu dan superego juga dikatakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembang secara beransur-ansur oleh pengaruh persekitaran seperti didikan moral dan agama.
  • Ia merupakan cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan.
  • Mengikut Freud juga, superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak mengawal id.
     
                           

         

No comments:

Post a Comment