Saturday, July 21, 2018

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH


1. Kaunseling pencegahan
  • Khidmat pencegahan bermaksud memberi maklumat mengenai elemen yang membahayakan diri dan masyarakat secara individu dan kelompokSebagai contoh, isu bencana alam iaitu tsunami ataupun gempa bumi menjadi buah mulut orang ramai di seluruh dunia.
  • Namun, terdapat juga beberapa orang sengaja mengatakan sesuatu mengenai bencana alam tersebut tanpa mengkaji secara terperinci.
  • Tugas unit kaunseling adalah merumuskan apa yang benar tentangnya dan menyampaikan kepada murid di sekolah rendah.
2. Kaunseling perkembangan
  • Guru kaunseling perlu mengadakan hubungan dengan penjaga mengenai kemajuan pelajar.
  • Guru kaunseling bolehlah mengaturkan program perjumpaan dengan para ibu bapa untuk berbincang tentang kemajuan dan kebolehan murid dalam aktiviti sekolah. Dengan ini, ibu bapa dapat memahami rupa asal anak dalam sekolah.
  • Guru kaunseling juga berperanan untuk mendapat kerjasama ibu bapa dengan program pembangunan diri pelajar.
  • Ini disebabkan program pembangunan diri pelajar perlu dilaksanakan dengan kebenaran ibu bapa jadi guru kaunseling harus bertungkus lumus untuk mendapatkan kebenaran dan kerjasamanya.
3. Kaunseling krisis
  • Kaunseling krisis digunakan bagi kes yang memerlukan perhatian atau tindakan segera guru bimbingan dan kaunseling.
  • Contohnya, kes hysteria, pergaduhan dalam kelas atau sekolah; percubaan membunuh diri;penggunaan dadah; kejadian trauma seperti  kebakaran, kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan,kematian; kes cemas seperti penceraian ibubapa dan sebagainya.
4. Kaunseling pemulihan
  •  Kaunseling pemulihan dijalankan ke atas kanak-kanak yang berisiko seperti ponteng sekolah, merokok, vandalisem, melawan guru dan masalah disiplin yang lain.
  • Mereka dikumpulkan untuk menjalani kaunseling individu atau kelompok bertujuan mengubah perlakuan masing-masing dan mengelakkan berlakunya krisis.

No comments:

Post a Comment