- Amia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah :Etika Kaunseling. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
- Baharom Mohamad, Ph.D. dan Iliyas Hashim. 2010. Teori dan Amalan Kaunseling : EtikaKaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
- Khadijah Rohani bt Mohd Yunus dan Nazariah bt Ab. Samad. Bimbingan dan Penasihatan :Falsafah, Kemahiran, Proses dan Etika. Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D. Ahmad Jazimin Jusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper. 2009.KemahiranBimbingan Kaunseling. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Thursday, July 26, 2018
RUJUKAN
Tuesday, July 24, 2018
ETIKA KAUNSELING
PENGENALAN ETIKA
- Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah.
- Menurut Othman Mohamed, ( Othman Mohamed, 2005), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan asas bagi mencerminkan satu praktis profesional.
- Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan yang lain, iaitu :-
- Hidup am atau suatu cara hidup.
- Set peraturan tingkah laku atau kod moral.
- Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
- Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu.
- Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting baik membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.
- Kitchener menjelaskan etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka.
- Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.
- Semasa sesi kaunseling dijalankan, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai antara klien dan kaunselor. Prosedur ini penting bagi melindungi hak klien dan juga kaunselor.
- Sesi kaunseling biasanya melibatkan sesi seminggu yang mengambil masa 50 minit. Sesi ini dikenali sebagai sesi terapeutik yang biasanya melibatkan kaunseling kumpulan, perkahwinan dan keluarga.
- Masa rawatan adalah melalui persetujuan yang dilakukan dalam perjanjian yang ditetapkan. Selalunya bagi merawat pesakit, sesi rawatan susulan digalakkan kerana pertemuan pertama kadangkala tidak dapat menyelesaikan masalah.
- Menurut Hodgkinson, 1992 , sesi kaunseling melibatkan perjanjian jangka pendek atau jangka panjang.
- Kaunseling jangka panjang
- Perjanjian ini melibatkan sesi kaunseling selama 6-12 sesi. Perjanjian boleh dilanjutkan sekiranya kaunseling terakhir tidak dapat menyelesaikan masalah kerana bergantung pada perjanjian baru.
2. Kaunseling jangka pendek
- Perjanjian yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih.
- Menurut Peterson J.V. dan Nisenholz,dalam bidang kaunseling, etika amat dititik beratkan supaya rahsia klien atau orang yang mendapat nasihat dapat dilindungi. Kaunselor harus bertindak berdasarkan etika yang ditetapkan. Di Malaysia terdapat akta yang melindungi kaunselor, iaitu Akta Kaunselor 580 dan Lembaga Kaunselor Kebangsaan. Manakala di Amerika Syarikat juga mempunyai standard kod etika bagi kaunseling yang dikenali sebagai American Counseling Association (ACA). Dengan adanya persatuan, ia dapat mengawal aktiviti kaunseling yang dijalankan kaunselor. Digariskan tiga kepentingan etika kaunseling yang dibincangkan iaitu kerahsiaan , batasan professional dan menangani seksual.
KOD ETIKA DALAM KAUNSELING
- Etika dalam bidang kaunseling bertujuan menjamin keselamatan dan juga perhubungan yang dibina dalam sesuatu sesi.
- Kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai etika kaunseling pada peringkat awal supaya klien memahami konsep kaunseling.
- Menurut Persatuan Kaunseling dan Perkembangan Amerika Syarikat ,1952,penghuraian tentang Kod Etika Kaunseling tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu : Kaunselor-kaunselor yang mempengaruhi perkembangan profesion dengan usaha yang berterusan bagi membaiki perkhidmatan, mengajar dan penyelidikan. Perkembangan profesion adalah untuk kerjaya kaunselor. Kaunselor digalakkan mengumpul data berdasarkan kebolehan Mereka, juga dibimbing untuk mencari data.
- Setiap kaunselor mempunyai tanggungjawab dalam perkhidmatan terhadap individu yang dijaga dan juga institusinya. Penerima sesuatu institusi bermakna seseorang kaunselor itu telah bersetuju dengan polisi dan prinsip institusi itu. Jadi, aktiviti profesion yang dijalankan adalah berdasarkan objektif institusi. Kaunselor akan dihentikan dari institusi jika kaunselor tidak dapat memberi apa yang dijanjikan dalam perjanjian dengan majikan.
- Tingkah laku etika diharapkan dikalangan profesion sering berlaku. Ahli boleh mengambil tindakan melalui beberapa cara, berbincang dengan individu lain, mencari maklumat tambahan, bertanya atau berunding dengan jawatankuasa setempat dan sebagainya.
- Kaunselor tidak harus mencari kemajuan dengan cara perbandingan yang merugikan orang lain.
- Kaunselor juga tidak boleh menuntut atau menunjukkan kelayakan yang ada padanya daripada orang lain. Tetapi, bertanggungjawab untuk membetulkan segala interpretasi yang salah yang dibuat oleh orang lain.
- Bagi menentukan yuran ke atas perkhidmatan prefesion, kaunselor mesti mengambil tahu bahawa yuran dibayar hanya bergantung kepada kemampuannya.
- Apabila kaunselor mendapat maklumat untuk awam, dia mesti memastikan bahawa isi kandungan maklumat itu adalah tepat, tidak berat sebelah, objektif dan data yang nyata.
KEPENTINGAN ETIKA
- Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip, setiap pegawai dalam bidang kaunseling perlu mengetahui dan memahami etika yang dikenakan ke atas diri mereka yang sebagai individu yang professional. Antara tatalaku yang ditetapkan sebagai seorang pegawai ialah :
- Menjaga dan mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.
- Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
- Menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, objektif, jujur, ikhlas dan berdedikasi selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.
- PERKAMA menggariskan empat perkara utama iaitu dalam kod tatalaku yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor seperti :-
- Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan identity sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.
- Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
- Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
- Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim ( regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support).
- Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamad Arip,2009, etika membantu dalam kecemerlangan sesebuah organisasi dan seseorang individu dalam melaksanankan tanggungjawab. Berikut maklumat berkaitan tanggungjawab kepada individu / klien , masyarakat dan organisasi.
1. Individu - Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Malahan pengurusan etika yang baik dalam diri individu akan menyebabkan individu tersebut berkeyakinan berada dalam organisasi.
- Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan.
- Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.
- Lima prinsip yang juga dikenali sebagai ‘golden five principles’ ialah autonomy, beneficence, nonmalefinence, justice dan fidelity.
- Autonomi ( Kebebasan untuk membuat pilihan)
- Autonomi merujuk kepada kebebasan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Dalam hal ini , menurut Patterson dan Welfel, autonomi melibatkan keadaan di mana individu berupaya untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang dibuat.
- Merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan dan penasihatan menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien. Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang secukupnya untuk membantu pelajar.
- Nonmaleficence bermaksud menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik terhadap pelajar sama ada secara sengaja atau tidak. Menurut Patterson dan Welfel, kaunselor bertanggungjawab untuk menghindari daripada melakukan sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Mereka perlu menjaga batasan dalam perhubungan,tidak cuai serta sentiasa mengekalkan rasa hormatnya kepada pelajar di samping mengelak daripada melakukan sesuatu untuk kepentingan diri.
- Merujuk kepada memberi keadilan kepada semua. Kaunselor perlu memberi layanan yang sama rata kepada semua pelajar tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Keadilan merupakan asas kepada kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik.
- Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan Welfel , fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan kepercayaan serta membuat janji yang jujur terhadap pelajar. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh kaunselor terhadap klien. Selain daripada fidelity juga merangkumi kepatuhan kaunselor kepada orgsanisasi , majikan dan profesionnya.
Saturday, July 21, 2018
RUMUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1) Rumusan Bimbingan
- Suatu usaha untuk membantu seseorang melakukan sesuatu yang diberikan oleh sesiapa sahaja dalam bentuk arahan bukan saranan.
- Individu terlibat biasanya tidak mengenali dan menilai potensi diri.
2) Rumusan Kaunseling
- Proses ini menolong manusia dalam memahami diri dan alam persekitaran.
- Dilakukan oleh kauselor yang terlatih dan telah menjalani latihan kursus.
- Klien diberikan alternatif dan saranan-saranan untuk meneroka dan mengenalpasti potensi diri.
TEORI KAUNSELING
TEORI - TEORI KAUNSELING
1) Teori psikodinamik
- Teori psikoanalisis Klasik ( Sigmund. frued )
- Teori psikoanalisis Klasik ( Sigmund. frued )
- Biodata ringkas Sigmund Frued
- Beliau merupakan ahli neurologi Austria serta pengasas psikoanalisis, satu sub bidang psikologi.
- Terkenal kerana mengkaji terhadap isu nafsu berahi, penindasan dan fikiran bawah sedar.
- Freud dikenali sebagai "Bapa Psikoanalisis" dan kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi popular.
- Memperkenalkan tahap kesedaran manusia iaitu alam sedar, alam pra sedar dan alam bawah sedar. Beliau juga menyatakan terdapat 3 komponen personaliti iaitu id, ego dan superego yang sering mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.
- 3 alam kesedaran menurut Frued
- Merangkumi terhadap tingkah laku , tindakan perasaan, pemikiran dan ingatan.
- Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan, gembira atau gelisah
Alam pra sedar :- Mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar tetapi jika tumpuan atau dilakukan bersungguh-sungguh.
- Contohnya, kita tidak boleh memikirkan apa yang kita lakukan semalam tetapi jika ditanya, kita masih boleh ingat semula apa yang kita lakukan semalam.
Alam bawah sedar :- Alam ini meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia.
- Mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan kewujudannya.
- Keadaan mental ini diluar kesedaran seseorang.
- Merangkumi peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan.
- Memori ini akan terus berada di bawah sedar dan mungkin akan diluahkan oleh individu secara tidak langsung.
- Teori struktur personaliti
- ID
- Merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia (serupa dengan nafsu), dan didorong oleh tenaga libido untuk memotivasikan tingkah lakunya.
- Id juga dikatakan komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak lahir. Selain itu, id dianggap sebagai satu elemen struktur semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan sedia ada di dalam diri manusia.
- Id merupakan satu gejala bawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang primitive. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan.
2. EGO
- Ego mula wujud sejak bayi berusia 6 bulan, merupaka bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun, serta berfungsi mengawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat.
- Ego dikatakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dalam kehidupan dan berkembang secara berperingkat.
- Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.
3. SUPER EGO
- Superego merupakan struktur ketiga di dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis.
- Superego lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu dan superego juga dikatakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembang secara beransur-ansur oleh pengaruh persekitaran seperti didikan moral dan agama.
- Ia merupakan cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan.
- Mengikut Freud juga, superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak mengawal id.
KEMAHIRAN KAUNSELING
1) PRA SESI
- Pra sesi didefinasikan sebagai persediaan awal kaunselor.Sebagai contohnya ice breaking.
- Klien mula membina kepercayaan terhadap kaunselor, pada masa yang sama kaunselor mesti mengumpul maklumat peribadi klien perlu dikumpul secara sistematik. Reaksi kaunselor perlulah jujur, ikhlas dan perlu menunjukkan perasaan yang penyayang.
- Menyediakan tempat selesa untuk klien agar klien mudah berkongsi masalah bersama kaunselor.
- Menentukan kebersanan iaitu first impression klien terhadap kaunselor. Peringkat ini amat penting sama ada ingin meneruskan sesi seterusnya atau tidak.
2) MEMBINA HUBUNGAN
- Mewujudkan kejelekitan dan suasana yang teraputik.
- Menitikberatkan personaliti kaunselor.
- Membawa klien menghadapi realiti.
- Memberi perangsangan kepada klien.
- Perkara penting dalam membina hubungan dengan klien :-
- Membina suasana alam sekeliling.
- Ruang untuk berkomunikasi.
- Penampilan diri.
- Ekspresi muka.
- Kontak mata.
- Cara duduk dalam kaunseling, pergerakan tangan dan kaki.
- Mengalakkan klien bercakap.
3) BERKOMUNIKASI
- Komunikasi antara kaunselor dan klien.
- Penanda aras sama ada berjaya atau tidak.
- Kaunseling adalah bidang yang melibatkan komunikasi.
- Kemahiran ini terbahagi kepada 2 :-
- Lisan
- Bukan lisan
4) PENSTRUKTURAN
- Menyediakan nada dan struktur sesi perundingan.
- Kontrak kaunseling,
- Menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong.
- Cara formal dan tidak formal.
- Menerangkan definisi kaunseling dengan menerangkan klien untuk mengetahui konsep kaunseling.
- Had masa dalam setiap sesi kaunseling mengambil masa selama 45 minit hingga sejam.
- Memudahkan perubahan tingkah laku.
- Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH
1. Kaunseling pencegahan
- Khidmat pencegahan bermaksud memberi maklumat mengenai elemen yang membahayakan diri dan masyarakat secara individu dan kelompok. Sebagai contoh, isu bencana alam iaitu tsunami ataupun gempa bumi menjadi buah mulut orang ramai di seluruh dunia.
- Namun, terdapat juga beberapa orang sengaja mengatakan sesuatu mengenai bencana alam tersebut tanpa mengkaji secara terperinci.
- Tugas unit kaunseling adalah merumuskan apa yang benar tentangnya dan menyampaikan kepada murid di sekolah rendah.
2. Kaunseling perkembangan
- Guru kaunseling perlu mengadakan hubungan dengan penjaga mengenai kemajuan pelajar.
- Guru kaunseling bolehlah mengaturkan program perjumpaan dengan para ibu bapa untuk berbincang tentang kemajuan dan kebolehan murid dalam aktiviti sekolah. Dengan ini, ibu bapa dapat memahami rupa asal anak dalam sekolah.
- Guru kaunseling juga berperanan untuk mendapat kerjasama ibu bapa dengan program pembangunan diri pelajar.
- Ini disebabkan program pembangunan diri pelajar perlu dilaksanakan dengan kebenaran ibu bapa jadi guru kaunseling harus bertungkus lumus untuk mendapatkan kebenaran dan kerjasamanya.
3. Kaunseling krisis
- Kaunseling krisis digunakan bagi kes yang memerlukan perhatian atau tindakan segera guru bimbingan dan kaunseling.
- Contohnya, kes hysteria, pergaduhan dalam kelas atau sekolah; percubaan membunuh diri;penggunaan dadah; kejadian trauma seperti kebakaran, kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan,kematian; kes cemas seperti penceraian ibubapa dan sebagainya.
4. Kaunseling pemulihan
- Kaunseling pemulihan dijalankan ke atas kanak-kanak yang berisiko seperti ponteng sekolah, merokok, vandalisem, melawan guru dan masalah disiplin yang lain.
- Mereka dikumpulkan untuk menjalani kaunseling individu atau kelompok bertujuan mengubah perlakuan masing-masing dan mengelakkan berlakunya krisis.
Friday, July 20, 2018
PROSES KAUNSELING INDIVIDU
1.
Menyediakan prasesi
- Menurut (Model Mizan dan Halimatun) menyediakan prasesi ialah Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling.
- Sebelum kaunselor memulakan sesi kaunseling, kaunselor mestilah:-
1.Menyediakan
borang seperti borang maklumat latar belakang klien, borang temujanji,dan lain-lain
2.Maklumat
latar belakang ahli keluarga, masalah ingin dibincang, rujukan kes.
3.Menyemak
diskripsi tugas klien.
4.Menyemak
rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
5.Menyediakan
tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.
2.
Membina hubungan
- Menurut (Shertzer dan Stone) ia menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi menolong.
- Tujuan membina hubungan ini ialah untuk menimbul kemesraan, saling mempercayai, membina keyakinan, dan membentuk suasana selamat antara kaunselor dan klien.
- Membina kesefahaman yang baik.
- Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong.
- Pekara yang perlu dititikberatkan kepada kaunselor ialah :-
- Suasana harmoni.
- Ruang untuk berkomunikasi.
- Penampilan diri.
- Ekspresi muka.
- Pergerakan tangan dan kaki.
3. Meneroka dan menganalisis masalah
- Proses ini untuk kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi kepercayaan, harapan, aspirasi, sikap, serta kemahiran coping yang digunakan.
- Tujuan ini supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalah dengan betul.
- Membantu klien menganalisis masalah dengan lebih objektif.
- Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan melemahkan diri.
4. Mengenal pasti masalah
- Kaunselor perlu mencapai kesepaduan mengenai masalah yang dihadapi oleh klien agar klien menyedari kelemahan dan masalah yang menimpa dirinya.
- ( Sipora ) menyatakan dua kemahiran yang digunakan oleh kaunselor dalam mengenalpasti masalah adalah kemahiran mendengar dan meneroka.
- Tahap ini mesti dilaksanakan 2 tahap iaitu :-
- Matlamat kaunseling telah sama-sama dipersetujui.
- Kaunselor bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana serta apakah strategi yang hendak digunakan.
- Kepentingan tahap ini merupakan satu persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Persetujuan ini akan menentukan halatuju kejayaan klien.
5. Membincang alternatif
- Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah yang boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara.
- Alternatif hanya dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas.
- Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu di ambil.
- alternatif, memerlukan klien membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih.
- Matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata.
6. Mengambil tindakan
- Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif tersebut.
- Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira keupayaan klien untuk melaksanakan tindakan.
- Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan tekanan kepada diri klien untuk dilaksanakan.
7. Menamatkan sesi
- Peringkat akhir pada sesi kaunseling iaitu selepas klien dapat menentukan dan memilih alternatif yang dirasakan untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
- Penamat juga dapat dilakukan apabila klien menunjukan tanda-tanda bahawa dia tidak lagi memerlukan kaunseling.
- Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor menganggap diri tidak lagi dapat membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor merujuk klien kepada pihak lain.
Saturday, July 14, 2018
KEPENTINGAN KAUNSELING
Ramai tokoh menitik beratkan kepentingan kaunseling kerana ia boleh mengeratkan antara kaunselor dan klien. Antara tokoh-tokohnya ialah :-
- Fiedler, 1950
- Perhubungan empeti.
- Perhubungan yang baik.
- Kaunselor mendengar masalah klien dengan baik.
- Klien bebas bersuara.
- Ada perasaan percaya satu sama lain.
2. Carl Rogers, 1957
- Dua manusia mempunyai hubungan psikologikal.
- Peringkat awal klien berkeadaan serba salah, cemas.
- Kaunselor menerima tanpa syarat.
- Kaunselor empati terhadap klien.
PRINSIP KAUNSELING
Prinsip-prinsip kaunseling harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling.Prinsip dan ciri-ciri adalah seperti berikut :-
- Kaunseling diberi kepada org normal yang sedang menghadapi kecelaruan dan kerunsingan.
- Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien berasaskan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting.
- Kaunseling berkaitan dengan tingkah laku secara suka rela dengan kehendak hati klien.
- Kaunselor menyediakan tips yang memudahkan perubahan klien.
- Kaunseling dijalankan dalam keadaan individu atau bersendirian di antara kaunselor dan klien. Perbincangan adalah rahsia.
Friday, July 13, 2018
MATLAMAT KAUNSELING
1. Mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya.
- -Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat 'lepas tangan' tidak mendatangkan hasil yang baik dan hanya sia-sia. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha untuk membetulkan diri mereka. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain kerana memahami apa yang telah berlaku terhadap dirinya.
- -Sifat negatif boleh menghalang seseorang untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan yang hendak dibuat. Sifat negatif ini boleh menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti.
- -Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting dan amat sukar untuk dibentuk. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak bloeh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di siniialah klien belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan konflik dalam diri.
- -Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.
PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Thursday, July 12, 2018
KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk ajar atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam membimbing dikenali sebagai Pembimbing.
- Ahli-ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing.Contohnya :-
- Othman Mohamed (2000) mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk mencapai matlamat seseorang.
2.Shertzer and stone (1971), menyatakan bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya.
3. Krumboltz dan Thoreson (1976) menganggap kaunseling ialah suatu keadaan dimana proses untuk membantu individu yang bermasalah. Selain itu, ia juga merujuk keadaan bagaimana membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat keputusan.
4. Patterson dan Eisenberg (1983) kaunseling merupakan satu proses pertemuan secara interaktif iaitu bersemuka atau kaunselor dan klien sehingga berlaku perubahan pada diri klien tersebut .
- Kaunseling dapat disimpulkan sebagai satu proses bantuan secara professional untuk bimbingan klien memahami diri dan suasana sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan positif kepada klien tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)